Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Saturday, December 24, 2011

BILA RESULT EXAM KELUAR.....


Result da keluarrrrr!!!!!!
Bila dengar perkataan tu je hati jadi berdebar-debar. Fikiran tak menentu memikirkan apalah nasib bila dapat result nanti, Semestinya semua org mengharapkan kejayaan. Bila sebut pasal berjaya dalam exam ni mesti semua orang fikir yang pandai jelah boleh dapat result baik. 

Yang tak berapa pandai ni tak payah harap lebih-lebih sangat. Belum apa2 lagi dah fikir negatif. Cuba kata kat diri kita yang kita juga boleh mendapat keputusan cemerlang. Allah tu Maha Adil dan Saksama. Dia tidak akan memberikan kegagalan kepada kita sentiasa. Mesti ada kejayaan disebalik usaha kita. Doa tu penting. Selepas kita berusaha banyakkan berdoa dan bertawakal kepadaNya. Allah menyuruh kita berdoa supaya kita dapat memohon apa jua hajat yang kita impikan. Kadang kala doa yang kita hajatkan itu tidak termakbul. Ini bukan bermaksud Allah memungkiri janjiNya. Ingatlah janji Allah itu benar. Kita tidak tahu apa yang sedang direncanakan oleh Allah. Mungkin kali ini kita tidak berjaya tetapi kita akan berjaya lain kali itu pentingnya berusaha tanpa berputus asa kerana Allah sedang merancangkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Allah tidak akan menghampakan umatnya.


 Disebalik kegagalan itu terselit hikmah tersendiri. Allah sahaja yang mengetahui setiap apa yang terjadi. sebagai umatnya kita perlulah redha dengan segala ketetapanNya. Janganlah kita menyalahkan Allah atas kegagalan dan kesalahan diri kita sendiri. Janganlah kita bersedih sehingga sanggup membunuh diri sendiri. Nauzubillah....

Mungkin kejayaan kita tidak sehebat rakan kita yang lain kerana setiap kejayaan yang Allah berikan itu setimpal dengan usaha kita sendiri. Jika sikit usaha kita maka kejayaan yang kita peroleh pun sikitlah. Tetapi jika kita berusaha tanpa berputus
asa sehingga ke garisan penamat, maka ganjarannya setimpal dengan titik peluh kita. Sesudah berusaha jangan lupa bertawakal kepadanya. Allah sahaja yang mampu memberikan A kepada kita bukan si pemeriksa kertas dan bukan juga si pengubal soalan. Allah Maha Berkuasa. Dialah yang memberi ilham kepada si pemeriksa kertas untuk letak A pada kertas jawapan kita.

 Jadi pohonlah kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar setiap perkataan yang terlintas di fikiran kita. Kita tidak perlu menyembahkan haiwan sembelihan seperti agama hindu mahupun menghantar surat rayuan kepadaNya seperti menghantar borang pemohonan bantuan kepada kerajaan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah menadah tangan dan pohonlah hajat dengan nama Allah Yang Maha Esa dimana jua anda berada kerana kita tidak memerlukan line telefon untuk berhubung terus dengan Allah.
 Jika kita memohon doa dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah hajat kita akan dikabulkan. Untuk adik-adik yang baru mengambil result PMR baru-baru ni, kepada yang berjaya tahniah jangan lupa  bersyukur atas pemberian Ilahi. Yang kurang berjaya la tahzan banyakkan bersabar dan redha. Perjalanan adik2 jauh lagi selepas ini SPM pula buktikan anda juga boleh berjaya aja2 fighting.

kat bawah saya sediakan ranking sekolah untuk PMR 2011
 1 SM SAINS HULU SELANGOR 1.0054
2 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.0139
3 SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
4 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
5 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.0
-tahniah 0913 Kusess ku kami alumni bangga dengan kejayaan     korang. proud to be a KUSESSIAN
6 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
7 SM SAINS JOHOR 1.0233
8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
9 SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
10 SM SAINS SELANGOR 1.0263
11 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
12 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273                                   
13 SEKOLAH SERI PUTERI 1.0279
14 SM SAINS POKOK SENA 1.0279
15 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
16 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
17 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
18 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
19 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
20 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
21 SM SAINS MACHANG 1.0411
22 SM SAINS MIRI 1.0427
23 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
24 SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
25 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
26 SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
27 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
28 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
29 SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
30 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
31 SM SAINS REMBAU 1.0727
32 SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
33 SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
34 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.0761
35 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.0817
36 SM SAINS LABUAN 1.0829
37 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
38 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
39 SM SAINS KUBANG PASU 1.096
40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
41 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 
    1.1014
42 SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
43 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
44 SM SAINS KUCHING 1.1258
45 SM SAINS SABAH 1.1282
46 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.1447
47 SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
48 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149              
49 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
50 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
51 SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824
52 SM SAINS DUNGUN 1.1952

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...