Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Thursday, August 11, 2011

the way they fight for life

ganbar-gambar perjuangan 
hari ni saya nak share beberapa gambar yang saya copy and paste dari internet. sorry kalau
ciplak gambar...but ini semua untuk renungan kita bersama..
share it and we will


THE TANK MAN
gambar ni diambil oleh seorang wartawan  ketika berlakunya tunjuk perasaan
di dataran Tiananmien,China sewaktu desakan revolusi para pelajar universiti yang
menuntut untuk merombak kembali sistem demokrasi negara yang dipimpin oleh parti komunis. visual diatas  menunjukkan seorang lelaki cuba untuk menyekat kemaraan tentera ke dataran untuk menyuraikan perhimpunanan besar-besaran itu. nasib beliau masih belum dapat dikenalpasti 
sumber mengatakan beliau dibunuh oleh tentera beberapa hari kemudian ada juga yang
memeberitahu beliau menyembunyikan diri di kawasan pedalaman
untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.
kalau anda berada dalam situasi tersebut adakah anda mampu melakukanya. 
sama-samalah kita menyoal kembali semangat patriotisme dalam diri kita.


STRIVE FOR SUCCESS


Gambar ni yang paling aku terharu tengok pelajar di Desa  Cicaringin, Lebak, Banten,Indonesia
diorang ni sanggup menyeberangi sungai yang deras hanya berpaut pada tali sahaja!!!!
mesti kita terkenang zaman persekolahan dulu kan. punyalah liat nak gi sekolah
walaupun naik kereta tapi perasaan memberontak macam kene jalan berpuluh batu jauhnya...malas nak pergi sekolah.. Alhamdulillah kat Malaysia tak berlaku macam ni walaupun ada beberapa kawasan
 di pedalaman sabah and sarawak yang dihubungkan melalui sungai, kerajaan kita giat meningkatkan taraf infrastruktur..say good job to our pm...moral of the picture walau macam mana susah sekalipun 
nak mencari ilmu kita kena juga mengharungi demi masa depan yang cerah..


KASIH SEORANG ABANG


Gambar ni aku jumpa kat sebuah laman blog Pas...ni bukan nak berpolilitik ya but nak share sebuah lukisan kot i guess...takde description plak..but jom kita sama-sama renung and apa moral of the story
kalau kita lihat sekali imbas pasti kita akan cakap dia ni anak pengemis or maybe kanak-kanak
yang disalah gunakan untuk kepentingan individu dengan mencari belas kasihan 
orang awam demi mendapatkan duit. cuba kita ambil perspektif berbeza..kanak-kanak ini walaupun masih berumur kurang dari 10 tahun i guess, dah pandai mengenal apa erti kasih sayang 
dan tanggungjawab seorang abang untuk menjaga adiknya...walaupun dia terpaksa tidur secara duduk di tepi tangga but dia still memangku adiknya untuk memberi keselesaan kepada adiknya seolah-olah
 tidur diatas katil yang empuk. macam mana dengan diri  kita adakah kita sanggup
 mengutamakan keselesaan dan kepentingan orang lain dahulu sebelum diri kita...
cuba kita lihat sekeliling adakah mereka mempunyai nasib yang baik seperti kita...
jikalau tidak jangan cepat menyalahkan orang lain..tetapi cubalah bantu mereka walaupun kita hanya
 mampu memberi nasihat dan sokongan moral untuk mereka meneruskan  kehidupan...




SOLAT TIANG AGAMA


gambar seterusnya pulak lebih kepada religious skit untuk tingkatkan keimanan kita
cuba tengok gambar first seorang lelaki sembahyang di tengah khalayak ramai dan seorang wanita berkesempatan mengambil gambarnya..mungkin kita tidak pernah melihat situasi seperti tetapi itulah  hakikatnya di negara bukan islam terutamanya eropah dan usa yang tidak menyediakan kemudahan surau di tempat awam seperti yang ada di Malaysia. walaubagaimanapun, itu bukan satu alasan bagi lelaki itu untuk menunaikan suruhan Allah yang menjadi amalan pertama yang
akan dihisab di hari kiamat...
gambar kedua pulak berlaku di Makkah..walaupun terpaksa solat diatas bumbung bas namun mereka tetap tekun mengerjakan amalan fardhu yang wajib dilakukan oleh setiap muslim tidak kira sakit 
darurat mahupun ketika perang....
sama-samalah kita menjaga amalan solat kita sebelum mendahulukan 
amalan sunat...



Saturday, August 6, 2011

TAKDIR "cahaya yang tidak terpadam"



hari saya nak promote  buku baru yang wajib dibeli oleh penggemar novel HILAL ASYRAF. sapa yang tak kenal penulis muda mi kan. kini beliau tampil dengan kelainan tersendiri dengan mengetengahkan genre epik islam. bukan senang kita baca karya epik peperangan futuristik islam. Novel ini menceritakan bumi terbahagi kepada beberapa wilayah dan wilayah ini berada di bawah kuasa jahat. Tanah Haram dan Bumi Barakah dan Kota Hijau Chimmayi sahaja yang masih mengamalkan ajaran islam dan terselamat daripada taklukan Sang Asura dan Lima Jeneralnya yang sangat kejam. Angkasa Sakti pemuda terpilih telah diajar ilmu peperangan kerana mengikut tilikan ayah angkatnya beliau bakal memimpin umat islam untuk menumpaskan Sang Asura dan membawa kembali cahaya islam ke seluruh pelusuk bumi. Novel ini lebih bercorak keislaman serta mengetengahkan cara hidup islam yang boleh dijadikan panduan hidup zaman sekarang. kepahlawan islam menjadikan jalan cerita novel ini amat menarik. Jadi peminat novel tanahair yang gemar membaca buku ala-ala peperangan bolehlah dapatkan di pasaran.
p/s harganya cuma RM21.00 jadi jangan ketinggalan untuk memilikinya

Friday, August 5, 2011

TUN NYEMAH MULYA


Siap dia ni tak pernah dengar pun? Ha tulah lain kali banyak membaca. Membaca tu kan jambatan ilmu. Tun Nyemah Mulya adalah watak dalam sebuah novel karya Faisal Tehrani yang pernah memenangi anugerah karya terbaik. Faisal Tehrani ni bukan asing lagi dalam dunia penulisan negara. karyanya yang berjudul 1515 telah mengetengahkan kepahlawanan melayu sewaktu zaman kesultanan melayu Melaka. Tun nyemah Mulya adalan Srikandi Melaka yang juga bersaudara dengan Tun Fatimah permaisuri Sultan Mansur Syah. pada tahun 1511 adalah tahun dimana telah menyaksikan empayar melayu yang agung telah jatuh ketangan Alfonso de Alburquerque penjajah portugis.
 Selepas kejatuham melaka , kesemua jajahan takluk Melaka telah menumpahkan taat setia kepada sultan melaka dengan menghantar tentera masing-masing. Tun Nyemah Mulya yang tidak disangka oleh Sultan telah membunuh Alfonso sewaktu pentempuran mereka di sebuah masjid. walupun Tun Nyemah adalah seorang wanita namun semangatnya gentar telah berjaya menumbangkan Alfonso. Sebelum Alfonso menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat  menyampaikan hasratnya untik disemadikan di tanah asalnyan Portugis. Dengan bantuan lebih daripada 100000 bala tentera Tun Nyemah Mulyatelah belayar ke Portugis dengan hasrat untuk menakluk Portugal dan menunaikan hasrat terakhir Alfonso.




Sebaik sahaja Tentera Melaka mendarat di portugal telah berlakunya pertempuran diantara melaka dan portugis. dengan semangat serta strategi peperangan yang mantap akhirnya melaka berjaya menumpaskan kerajaan portugis. Maka bermulalah pemerintahan kerajaan melaka di Portugal. Itulah Tun Nyemah Mulya yang diangkat menjadi pahlawan wanita teragung kerajaan Melayu Melaka. Namun hayat hidup beliau telah dicabuli dengan pembunuhan. beliau telah difitnah mengatakan beliau telah mengamalkan ilmu sihir, Maka tanpa soal bicara beliau telah dibunuh. Akibatnya berlaku perpecahan serta Portugal berjaya memerdekankan negara mereka daripada dijajah oleh Melaka. Begitulah jalan cerita yang dihasilkan oleh anak watan melayu Faisal Tehrani. ha jadi bagi penggemar sejarah jangan lupa untuk menambahkan koleksi anda dengan membeli buku ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...