Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Friday, August 5, 2011

TUN NYEMAH MULYA


Siap dia ni tak pernah dengar pun? Ha tulah lain kali banyak membaca. Membaca tu kan jambatan ilmu. Tun Nyemah Mulya adalah watak dalam sebuah novel karya Faisal Tehrani yang pernah memenangi anugerah karya terbaik. Faisal Tehrani ni bukan asing lagi dalam dunia penulisan negara. karyanya yang berjudul 1515 telah mengetengahkan kepahlawanan melayu sewaktu zaman kesultanan melayu Melaka. Tun nyemah Mulya adalan Srikandi Melaka yang juga bersaudara dengan Tun Fatimah permaisuri Sultan Mansur Syah. pada tahun 1511 adalah tahun dimana telah menyaksikan empayar melayu yang agung telah jatuh ketangan Alfonso de Alburquerque penjajah portugis.
 Selepas kejatuham melaka , kesemua jajahan takluk Melaka telah menumpahkan taat setia kepada sultan melaka dengan menghantar tentera masing-masing. Tun Nyemah Mulya yang tidak disangka oleh Sultan telah membunuh Alfonso sewaktu pentempuran mereka di sebuah masjid. walupun Tun Nyemah adalah seorang wanita namun semangatnya gentar telah berjaya menumbangkan Alfonso. Sebelum Alfonso menghembuskan nafas yang terakhir, dia sempat  menyampaikan hasratnya untik disemadikan di tanah asalnyan Portugis. Dengan bantuan lebih daripada 100000 bala tentera Tun Nyemah Mulyatelah belayar ke Portugis dengan hasrat untuk menakluk Portugal dan menunaikan hasrat terakhir Alfonso.




Sebaik sahaja Tentera Melaka mendarat di portugal telah berlakunya pertempuran diantara melaka dan portugis. dengan semangat serta strategi peperangan yang mantap akhirnya melaka berjaya menumpaskan kerajaan portugis. Maka bermulalah pemerintahan kerajaan melaka di Portugal. Itulah Tun Nyemah Mulya yang diangkat menjadi pahlawan wanita teragung kerajaan Melayu Melaka. Namun hayat hidup beliau telah dicabuli dengan pembunuhan. beliau telah difitnah mengatakan beliau telah mengamalkan ilmu sihir, Maka tanpa soal bicara beliau telah dibunuh. Akibatnya berlaku perpecahan serta Portugal berjaya memerdekankan negara mereka daripada dijajah oleh Melaka. Begitulah jalan cerita yang dihasilkan oleh anak watan melayu Faisal Tehrani. ha jadi bagi penggemar sejarah jangan lupa untuk menambahkan koleksi anda dengan membeli buku ini.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...