Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Sunday, November 15, 2009

WAHAI TEMAN

Oh angin
Pernahkah kau mendengar khabar berita
Teman seperjuanganku gugur di medan perang
Hatiku pilu bertambah sayu
Tatkala ku dengar angin lalu

Pergi dikau tanpa berita
Menahan onak derita di dada
Tanah dirakus bertambah tandus
Musuh mengejar mangsa meraung

Wahai temanku
Janganlah kau berduka sengsara
Perjuangan ini masih belum tamat
Tiada lagi erti putus asa
Tabahkan hati menempuh dugaan
Pergilah dikau melawan durjana

Pelangi Bahagia


Guru
Terukir namamu di sanubari
Tatkala senyuman terpamer di wajahmu
Hatiku berawan bahagia
Tatkala hatimu sayu menggambar coretan duka
Ku terkena panahan sengsara

Kau bagaikan bunga kembang di pagi hari
Harum baunya menabur benih bangsa sejati
Warnamu berseri-seri mengindahi duniaDaunmu menghijau menggukir ketenangan
Ukiran seorang insan berhati mulia

Tatkala ku terkenang budi pekertimu
Pastiku lupa akan kepayahan
Tiada lagi erti putus asa
Hatiku berputik bunga-bunga ketabahan
Kakiku melangkah menuju kehadapan
Tidak pernah terlintas untukku berhenti
Hingggalah tiba saatnya nanti
Saat munculnya pelangi bahagia
nizamerul

Thursday, November 12, 2009

Salam Perkenalan

assalamualaikum.
kepada para pembaca yang sudi membaca blog ini saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dan pandangan. diharap salah dan silap saya dapat dimaafkan.kalau ada yang ingin berkongsi pendapat atau pengalaman saya terima dengan hati yang gembira. saya baru sahaja belajar jadi sila beri tunjuk ajar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...