Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Wednesday, February 17, 2010

Sedarlah Manusia.

Dunia ini sememangnya bahagia. Kita diciptakan oleh Allah dengan kelebihan masing-masing. Kelebihan ini digunakan untuk perkara yang sepatutnya. Namun ada segelintir manusia yang alpa dek kemewahan mereka. Sehingga ada yang sanggup memusnahkan kebahagian yang selama ini dikecapi bersama. Sikap mereka yang sanggup memusnahkan alam ini telah menyebabkan ramai yang tidak berdosa menjadi korban keadaan. Tanah ditarah, sungai dikotori bahan buangan yang berbahaya serta hutan ditebang menjadi tandus. Semua ini angkara siapa? siapa? Tiada siapa yang berani untuk mengaku. Mereka hanya berani menyembunyikan tangan kotor mereka tanpa rasa bersalah. Apa yang mereka tahu hanya mementingkan kepentingan mereka sendiri. Dan akhirnya manusia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Rumah rebah ditimbus tanah, kawasan yang selama ini aman kini ditenggelami air sungai yang melimpah ruah dan binatang liar mati di habitat mereka sendiri yang telah dimusnahkan oleh kerakusan manusia. Apa yang telah dilakukan oleh manusia durjana ini? Adakah mereka meratapi kemusnahan ini atau hanya bergoyang kali sahaja selepas memiliki kemewahan atas usaha keji mereka? Kepada mereka yang sudah menyesali di atas perbuatan mereka dengan membantu memulihkan semula serta memelihara khazanah dunia yang tiada nilainya ini terima kasih serta syabas diucapkan diatas usaha anda. Namun bagi mereka yang masih belum sedar akan perbuatan mereka, sedarlah. Jalan pengampunan untuk anda masih terbuka luas. Lihat alam ini. Adakah anda sanggup melihat bumi yang diciptakan untuk kita ini musnah serta membiarkan anak cucu kita tidak dapat merasa apa itu keindahan flora dan fauna. Adakah anda sanggup generasi masa hadapan hanya mampu melihat tulang-belulang serta tanah tandus yang tiada lagi tumbuhan yang segar mengindahi alam ini. Tanyalah suara hati anda. Adakah anda sanggup melihat kemusnahan ini. Kehidupan generasi akan datang bergantung harap pada anda. Buatlah keputusan yang akan memberi sinar bahagia untuk semua. Buat diri kita yang hanya melihat kemusnahan ini, marilah kita bersatu melangkah seiringan menuju kehidupan yang lebih sempurna dengan ditemani keindahan flora dan fauna. Jangan biarkan diri kita hanya mampu melihat kehancuran bumi ini. Marilah kita bersama-sama menhijaukan kembali dunia ini yang sudah lama dikaburi oleh asap-asap kotor manusia. Diharapkan segala usaha yang telah dilakukan diberkati oleh Yang Maha Esa. Semoga generasi akan datang akan berterima kasih kepada kita atas usaha yang dilakukan untuk memberi peluang kepada mereka melihat keindahan alam semulajadi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...