Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Friday, June 3, 2011

Ciri-ciri Pelajar Berjaya

rajin berusaha walaupun rintangan yang datang diluar kemampuan kita

sentiasa melakukan rujukan jika tidak memahami tentang sesuatu subjek


sentiasa menghormati guru kerana merakalah kita berjaya

tidak malu untuk bertanya jika ada kekeliruan

meluangkan masa beriadah untuk melapangkan fikiran dan menjaga kesihatan


amalkan cara pemakanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kecerdasan minda


amlkan puasa sunat


akhir sekali jangan lupa berdoa kepada allah dan bertawakal kepadanya setelah kita berusaha




Rupa Hari Kiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat
Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama 
1-sedekah dan amal jariah


2- Doa anak-anak yang soleh


3- ilmu yang dimanfaatkan dan disampaikan kepada orang lain
renung-renungkanlah bersama..........
ikhlas daripada rakan illyas mustapa

MATRIKULASI PILIHAN TERBAIK BERBANDING DIPLOMA



Informasi ini saya sharekan untuk adik-adik lepasan SPM yang masih memikirkan institusi terbaik untuk melanjutkan pengajian anda ke peringkat pra universiti. Di Malaysia terdapat empat haluan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti iaitu asasi, A level, matrikulasi, tingkatan enam dan juga diploma. Di sini saya ingin membetulkan persepsi masyarakat tentang program matrikukasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuba anda tanya bekas pelajar di sekolah anda, tentu ramai yang memberi pendapat negetif tentang matrikulasi. Ada yang berpendapat program matrikulasi ini susah dan jadualnya padat. Itu adalah anggapan yang salah tentang matrikulasi. Sebenarnya program matrikulasi ini ditubuhkan oleh kerajaan untuk membantu bumiputera lepasan SPM untuk menyambung pelajaran ke peringkat SPM dengan cara yang paling singkat. Jikalau anda memilih program diploma anda perlu belajar selama paling kurang tiga tahun untuk memperoleh sijil diploma.Tetapi jika anda memilih program matrikulasi anda cuma memerlukan maksimum dua tahun dan selepas anda mendapat pointer yang cemerlang minimum CGPA 2.0 anda akan ditawarkan untuk menyambung terus ke peringkat ijazah ini bermakna anda jimat dua atau satu tahunberbanding diploma yang memerlukan paling kurang tiga tahun pengajian sebelum anda boleh melanjutkan pelajaran ke perinkat ijazah. Sebab itu matrikulasi terkenal sebagai jalan pintas untuk ke ijazah. Saya tidak nafikan program matrikulasi lebih sukar berbanding diploma. Tetapi itu bukanlah satu alasan untuk anda berjaya. Untuk berjaya kita perlu menempuh halangan walaupun halangan itu seluas lautan api. Jikalau ada usaha pasti kita akan berjaya.
 Ini terbukti apabila ramai pelajar lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam subjek sains yang mempunyai cita-cita untuk menjadi doktor mahupun engineer, mereka mengambil keputusan untuk masuk ke matrikulasi dan akhirnya dengan azam yang kuat ramai di kalangan mereka memperoleh CGPA 3.5 dan keatas. Dengan keputusan yang cemerlang itu mereka layak untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah sarjana muda doktor perubatan dan ijazah kejuruteraan. Jadi tiada alasan susah dalam kamus diri seseorang itu jika mahu berjaya. Dari segi peluang pekerjaan, kerajaan sudah mengiktiraf sijil matrikuasi ubtuk mendapat peluang pekerjaan di sektor swasta mahupun kerajaan. Tetapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang bergelar lepasan matrikulasi apa salahnya jika anda melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Ini kerana peluang pekerjaan kepada lepasa ijazah lebih terbuka luas. Sebagai contoh jika anda mengambil diploma kejuruteraan anda hanya akan bergelat technician tetapi jika anda memiliki ijazah kejuruteraan anda akan bergelar engineer.Tambahan lagi gaji sebagai engineer sudah tentu lebih lumayan berbanding technician. Jadi apakah pilihan anda. Anda yang menentukab segalanya. Di matrikulasi kemudahan yang disediakan cukup memuaskan. Di mtrikulasi mereka menyediakan pelbagai kemudahan 
seperti komplek kediaman yang dilengkapi kemudahan wifi, bilik yang dihuni empat orang pelajar, astaka
 yang dilengkapi padang bola, gelanggang bolatampar, bola keranjang,dan hoki serta dewan kuliah, perpustakan lengkap dengan pelbagai bahan rujukan, cafeteria yang menyajikan pelbagai anekan masakan daripada masakan Malaysia hinggalah ke masakan barat dengan harga yang berpatutan. selain itu pelajar jugaakan diberikan elaun oleh kerajaan RM1250 bagi setiap semester. Jadi bagi pelajar yang kurang berkemampuan jangan risau bantuan turut disediakan untuk anda. Bagi sesi pembelajaran, di matrikulasi terbahagi kepada jurusan sains dan akaub. Bagi jurusan sains ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
modul 1-subjek mathematics, chemistry, biology dan physics
modul 2-subjek mathematics, chemistry,dan physics
modul 3-subjek mathematics, chemistry, dan biology
Pemilihan modul adalah berdasarkan minat pelajar dan keputusan SPM. Pelajar juga diwajibkan mengambil empat mata pelajaran tambahan iaitu kokurikulum, pendidikan islam, kemahiran dinamika serta bahasa inggeris untuk persediaan MUET.  Cara pembelajaran disini juga adalah berorientasikan kuliah seperti di
 universiti. Ini dapat memberi persediaan awal kepada pelajar umtuk merasai sesi pembelajaran yang sebenar seperti di universiti. Kelas tutorial juga disediakan untuk membantu pelajar untuk memahami secara lebih mendalam tentang kuliah yang diberikan. Sesi tutorial menggalakkan sesi interaksi antara pelajar dan pensyarah untuk menggalakkan pelajar bertanya tentang kemusykilan mereka tentang subjek yang diajar. Ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami tajuk yang diajar semasa kuliah. Untuk berjaya di dalam peperiksaan pelajar perlulah berusaha mengejar kejayaan yang diimpikan dan bukannya menyalahkan mana-mana pihak diatas kegagalan anda. Anda perlu merasai sendiri pengalaman pembelajaran di matrikulasi berbanding anda mendengar pendapat negatif dari mereka yang telah gagal di matrikulasi disebabkan mereka malas untuk berusaha dan masih mengharapkan orang lain (spoon feed) untuk berjaya. Oleh itu saya berharap adik- adik dapat membuat keputusan yang bijak dengan memilih program matrikulasi sebagai platform untuk anfa melangkah ke gerbang menara gading. Akhir kata daripada saya, janganlah suka mendengar omongan kosong dari mereka yang sentiasa berfikirab sempit, pelajari sesuatu daripada mereka yang sudah membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah produk keluaran ptrogram matrikulasi yang telah berjaya
 mencapai cita-cita mereka.



Wednesday, June 1, 2011

ACTION MUST BE LOUDER THAN WORDS


"Alamak cam mane aku boleh tersangkut kat trafic jam ni..7@#$%la kerajaan harga minyak naik, tapi jalan cam haram je"
Itulah kenapa tak guna pengangkutan awam. Kerajaan dah buat bermacam RMK dari zero kepada pengangkutan terbaik yang menjamin keselesaan orang awam. Kenapa kita sentiasa mengeluh dan mudah gelisah apabila ditimpa kesulitan. Bukankah segala ujian dan rintangan itu ujian dari Allah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepadaNya. Sebenarnya manusia suka mencari jalan mudah untuk menyalahkan orang lain daripada memikirkan jalan yang terbaik untuk mencari penyelesaian.Sebagai contoh cuba anda fikirkan apakah perkara pertama yang akan anda lakukan jika anda melihat seorang budak menangis di sebuah shopping kompleks.
A. sekadar melihat seperti tiada apa yang berlaku
B. anda melihat dan mendengar dia menangis seperti anda menonton drama
C. anda melihat dan berkata"kasihan budak tu, sapalah yang tergamak meniggalkan budak tu sorang2 nilah contoh mak bapak yang tak bertanggungjawab"
D. anda melihat dan mendengar lalu anda pergi menenangkan budak tadi dan laporkan kepada pihak shopping complex kalau ada sesiapa yg kehilangan anak.


Saya tiada jawapan yang betul ataupun salah bagi persoalan tadi. Terserahlah kepada anda untuk menentukan keputusan yang bijak. Yang nyata mungkin ramai memilih D, dan cuba anda tanya kembali kepada diri anda, adakah anda mampu untuk melakukannya. Tetapi jika anda memilih A itu bermakna kejadian ini sudah menjadi lumrah dalam norma kehidupan manusia zaman sekarang terlalu sibuk mengejar masa sehingga terlupa anak ditinggalkan. Saya berharap tiada sesiapa yang sanggup untuk memilih C kerana ianya bukan sahaja merosakkan nilai murni bangsa kita tetapi menjadi nanah kehancuran maruah bangsa. Itulah manusia yang bijak berkata-kata tetapi hasilya tiada. Action must be louder than words. Frasa inilah yang seharusnya ditanam dalam diri setiap manusia bukan sahaja untuk mrmbentuk peribadi terpuji bahkan diharapkan ianya menjadi amalan kita semua agar setiap tindakan yang dilakukan mestilah didahulukan dengan langkah dan bukannya omong kosong. Ayat ini saya tujukan kepada semua pemimpin bangsa agar tidak mencanang pelbagai janji-janji manis hanya untuk mendapat sokongan rakyat. Tetapi lakukanlah sesuatu untuk membantu rakyat walaupun hanya dengan memberi nasihat berguna. Nasihat yang berguna jika diamalkan akan mendapat keredhaan Allah berbanding harta dan kesenangan yang hanya diberikan untuk meraih undi. Renung-renungkanlah nasihatku ini....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...