Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Saturday, August 6, 2011

TAKDIR "cahaya yang tidak terpadam"



hari saya nak promote  buku baru yang wajib dibeli oleh penggemar novel HILAL ASYRAF. sapa yang tak kenal penulis muda mi kan. kini beliau tampil dengan kelainan tersendiri dengan mengetengahkan genre epik islam. bukan senang kita baca karya epik peperangan futuristik islam. Novel ini menceritakan bumi terbahagi kepada beberapa wilayah dan wilayah ini berada di bawah kuasa jahat. Tanah Haram dan Bumi Barakah dan Kota Hijau Chimmayi sahaja yang masih mengamalkan ajaran islam dan terselamat daripada taklukan Sang Asura dan Lima Jeneralnya yang sangat kejam. Angkasa Sakti pemuda terpilih telah diajar ilmu peperangan kerana mengikut tilikan ayah angkatnya beliau bakal memimpin umat islam untuk menumpaskan Sang Asura dan membawa kembali cahaya islam ke seluruh pelusuk bumi. Novel ini lebih bercorak keislaman serta mengetengahkan cara hidup islam yang boleh dijadikan panduan hidup zaman sekarang. kepahlawan islam menjadikan jalan cerita novel ini amat menarik. Jadi peminat novel tanahair yang gemar membaca buku ala-ala peperangan bolehlah dapatkan di pasaran.
p/s harganya cuma RM21.00 jadi jangan ketinggalan untuk memilikinya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...