Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Saturday, December 24, 2011

SENYUM LA SIKIT

                                                
alahai masam nyer muka akak kat koperasi tadi
 cuba senyummmm  sikit smileeeeee  haaah barulah comel muka tu. 

ni tak masam mencuka macam mane customer nak datang kedai akak.....
Tajuk kita hari ni senyum...hmmmm nape susah sangat nak senyum,,,
senyum kan sedekah yang paling senang. Bila kita senyum orang di sekeliling kita akan turut berasa gembira..kalau tak percaya cube senyummmm mesti ada orang yang gelak hahahaha.

 Senyum merupakan budaya yang semakin kita lupakan. kalau adapun senyum yang ada makna. Antaranya senyum nak tarik perhatian orang ramai cam kat iklan tv. kalau dalam tv punyalah lebar dia senyum dekat luar jarang sekali nk tegok dia senyum. lagi-lagi kalau poster pilihan raya. Calon2 akan melebarkan senyuman mereka untuk tarik pengundi. Ada juga yang senyum kambing senyum tak ikhlas menharapkan pujian orang lain terutama yang kaki ampu..ehmmmm...
.Antara faktor utamanya adalah masalah rutin kehidupan. Kajian mendapati golongan yang berkerjaya lebih sukar untuk senyum kerana mereka terlalu memikirkan masalah ditempat kerja. 


Kerja yang bertimbun serta jadual kerja yang padat membuatkan kita serinng kali stress dan tidak dapat mengawal emosi. 
Muka yang masam menggambarkan kita mempunyai masalah dan sukar untuk orang disekeliling kita merapati diri kita. Cuba anda bayangkan anda sedang berada dalam jamuan makan malam. pada ketika itu anda duduk semeja dengan seorang yang muka dia masam mencuka, Sudah tentu anda berbisik didalam hati "dia ni masam je....sombong betul" ha kan tak pasal2 orang dah cop kita sombong.

 Cuba senyum mesti orang lain sangka kita ni baik dan peramah.

 Sekarang ni banyak kempen badan kerajaan dan swasta untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan mereka. Antaranya kempen senyum. Ingat lagi dulu ada lagu senyumlah senyumlah cek mek molek....kesian atuk tu gigi dah takde tapi bila dia start senyum semua orang senyum..

susah sangat ke nak senyum..bukan kena pakai duit pun satu senyum seringgit..Allah ciptakan senyuman dan air mata sebagai pengubat duka dan lara,,,bila kita senyum hati jadi senang..segala masalh hilang.
 Ibu bapa kita yang penat  balik dari tempat kerja mesti gembira pulang ke rumah kalau kita menghadiahkan mereka senyuman sebagai tanda terima kasih kerana mencari rezeki untuk besarkan kita.

 Bos kat tempat kerja kalau sentiasa menhadiahkan senyuman kepada pekerjanya mesti dapat memberikan semangat kepada mereka untuk ,meningkatkan mutu produktiviti. Rakan yang sentiasa senyum mesti boleh menjadi peneman meluahkan  masalah                 


senyuman itu mempunyai kuasa natural yang dapat memberi ketenangan. Senyumlah supaya kita hidup dalam keamanan. Bila semua orang senyum, semua akan bahagia. Senyummmm


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...