Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, January 6, 2012

SEINDAH SYURGA CINTA



syukur dalam dunia yang semakin ketandusan nilai agama ini aku masih sempat diberi peluang untuk bertemu dengannya...aku pernah berfikir tidak ada lagi wanita secantik dan seindah akhlaknya di muka bumi ini..namun rupanya pendapat aku salah..masih ada lagi wanita secantik dan seindah akhlak wanita solehah..rupamu merupakan ciptaan Tuhan yang begitu indah..Akhlakmu mengambarkan budi pekertimu..
aku sedar bukan senang untuk mendekati dirimu..bukan mudah untuk memilikimu...bukan halal bagiku untuk mencurahkan rasa sayang kepadamu...Alhamdulillah aku masih diberi kekuatan iman untuk melawan hasutan jahat syaitan...aku sedar Islam mengharamkan kita bercinta sebelum nikah..namun aku tidak tahu sampai bila nafsuku akan bertahan...aku ingin mengahwinimu..namun adakah aku sesuai untuk menjadi suamimu..adakah aku setaraf akhlak dan iman sepertimu..aku sedar aku tidak layak meminpinmu kesyurga yang menjadi impiaan sekalian umat..amalanku tidak sebaik amalanmu.




tatkala kau melangkahkan kaki kemasjid aku pula hilang disebalik kesesakan manusia di kelab malam..










tatkala wajahmu basah disucikam wuduk aku pula membasahi diriku dengan peluh kepenatan melakukan maksiat...


tatkala bibirmu mengucap merdu kalimah-kalimah Ilahi aku pula lunak mengotakan janji-janji manis kepada wanita yang tidak aku kenali...

pernah kau berkata kepadaku hidup didunia ini merupakan tempat persinggahan untuk perjalanan yang jauh dan tiada jalan kembali...aku tahu aku berada di jalan yang tersimpamg jauh dari destinasi pilihan ke syurga.
apa yang aku tahu aku berada di jalan yang menunjukkan arah ke neraka dimana di sisi jalan itu penuh dengan kemaksiatan dan dosa-dosa yang aku lakukan dan di akhir simpang ku itu aku melihat percikan api yang teramat panas yang membakar setiap inci badanku ini..


pedih sakit teramat menyeksakan bagiku...adakah mampu aku berpatah balik..

lalu kau memperingatkan kepadaku bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
        (Az-Zumar 39:53)
berjurai air mata ku pabila Tuhan masih mengasihaniku walaupun aku pernah mengendahkan suruhanNya..Ya Tuhan masih mengasihani aku walaupun dosa ku ini sudah hampir menutupi setiap penjuru hatikku..namun dIsebalik noda-noda hitam itu terselit rasa keinsafan untuk kembali bertaubat kepadaMu...
kini aku sudah kembali mengotakan janjiku kepada Allah..janji yang ku ucapkan sebelum roh ku ditiup untuk bangkit bergelar khalifah hamba Allah yang setia..aku kembali taat kepada perintahmu..aku sudah berazam tidak akan sesekali melangkah melakukan kejahilan..hidup kembali disinari hidayah..cahayaMu menerangi jalan menuju syurga abadi..tidak ku sangka wanita itu menjadi isteriku..ibu kepada zuriatku..tidak pernah ku rasakan kebahagian seperti ini..inilah hadiah teragung dianugerakan oleh AllAH  Yang Maha Esa...
Alhamdulillah Dia menciptakan untuk ku seorang wanita yang lembut budi pekertinya..ayu ibadahnya...cantik tingkah lakunya..merdu bicaranya...sabar imannya ...
Srikandi Islam penghuni Syurga....  

Thursday, November 3, 2011

SAY NO TO SEKSUALITI MERDEKA


baru- baru ni kita dikejutkan dengan isu penganjuran Seksualiti Merdeka di Central Market....ehmmmm  yak abis-abis...lepas kritikan hebat tentang hukum hudud kini muncul pula isu mempertahnkan kebebasan bersuara...memang betul negara memberi kebebasan untuk menyuarakan pendapat masing2 tapi itu tidak bermakna kita bebas untuk melakukan perkara yang bercanggah dengan agama kita...dalam Al quran yang mulia ada menyebut tentang kisah kaum nabi Luth yang di binasakan dari muka bumi ini kerana mengamalkan homoseksual..adakah kita mahu menerima bala petaka daripada Allah..
kaum nabi luth yang dibinasakan tuhan

.bukan islam sahaja yang melarang aktiviti seks sesama jenis, agama lain juga turut melarang perbuatan yang bercanggah daripada norma kehidupan...

Allah sudah menciptakan setiap satu itu ada pasangannya...lelaki diciptakan untuk wanita..siang diciptakan ada malamnya...malahan haiwan juga tahu bahawa mereka tidak boleh melakukan hubungan seks sesama jenis...walaupun islam memerangi homoseksual itu tidak bermakna kita meminggir golongan yang menghidapi masalah jantina ini...apa yang perlu kita lakukan adalah memberi ceramah dan kaunseling supaya mereka kembali ke pangkal jalan...sudah tiba masanya kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan gay dan lesbian ini unutk kembali kepada fitrah asal kejadian mereka..Muslim perlu bangkit dalam menegakkan agama Allah.

jangan disebabkan perbuatan terkutuk mereka ini Malaysia menerima bencana seperti tsunami di Acheh..banjir besar di Bangkok yang menjadi destinasi pilihan kaum homoseksual untuk menukar jantina asal mereka....SAY NO TO HOMOSEXUAL...
wahai umat islam jangan kamu terpedaya dengan dengan bisikan syaitan
adakah kaum pernah mendengar seksaan keatas kaum nabi luth
sesungguhnya nabi tidak akan mengaku umatnya jika kamu tidak bertaubat 
dari perbuatan homoseks kamu...
marilah kita memohon doa dan keampuan agar golongan gay dan lesbian
ini kembali ke pangkal jalan sebelum mereka sempat memejamkan
mata untuk selamanya....aminnnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...