Assalamualaikum...

Anda pelawat ke

Powered by Blogger.

Sunday, November 4, 2012

Baru belajar edit gambar:-)

yup memang betul nature yang surround kita ini memang cantik dan indah.sudah tentu di ciptakan oleh sang maha genius and creative.. Allah..
sambil tak tahu nak buat apa dalam bilik...ana bukak la file gambar yang ana sedut dari sahabat ana Azizi Zainodin..
dengan bantuan pixlr-o-matic ana try la edit gambar ni..tak cantik sgt macam profesional..nak guna photoshop but belum mahir lagi..Insyaallah nnti ana belajar dari brother Azizi yang memang power bab photography ni...





itulah keindhan ciptaan tuhan. sebagai manusia kita bukan shaja menilainyatetapi memahami erti sebenar kehidupan dan kekuasaan Yang Maha Kuasa
sebarang komen ana harapkan agar ana boleh improve my editing skill. Teringin sangat nnak jadi macam ustaz Idrus,bukan sahaja pandai ilmu agama bahkan legend dalam photography...kat bwah ni ana share kan link laman web ustaz idrus..

Group IV yohooo!!

today is the last day with my group member (group iv) yg terbaek..tomorrow we gonna split into new group...sedih :-( but its okay sebab kita masih duduk bersama kat hostel Bale Padjjadjaran 1..next year je yg susah because we have to stay outside UNPAD..
slamat menjamu selera...walaupun service dia bad gile..
time blood presure skill..kesian Ameerah Malkan jadi bahan experiment




with Dr Truly...most coolest dr ever...

sempat lagi posing...curi2 mase time skill lab


ni la jadi nyer kalo sorang je laki dlm group...hahaha commel nyer korang ni..puss n boot


..

with Dr Tasya...baru 32 years old..but she already become OnG specialist..in indonesia 17 years old can enter university umur 23 boleh jadi dokter...kat malaysiaumur 25 baru jadi dokter tu blm ambik specialist agi..krajaan spatutnya reconstruct balik system academic...skrg kan dh ramai pelajar pintar.

  universal  precaution skill...
jangan lupe seven step cuci tangan..
kena hari2 amal kan bukan sahaja waktu jumpa patient tapi amalkan untuk kegunaan seharian kita. so that kita boleh teac the community about personal hygiene. dokter kan icon and role model masyarakat. 


 to all my friends glad to have you around...thanks for the memories..happy, sad,homesick, food, wisata, gosip2, study all those moments can not be replace.
to our future doctors -fatimah anuar, farehan, ameerah malkan,nurul hazwani, nurul  ashiqin, kylie and natasya, our fight must be go on,although it is tougher than you can imagine. Always remember, we are not chosen by Mara  or UNPAD but The All Mighty that choose us to help people in need. don't look back now, focus forward to our main aim...good luck..Allah is always be there for us...
                           

Sunday, October 28, 2012

Beraya di Indonesia..

Selamat Hari Raya Aidiladha
Alhamdulillah tanggal 9 zulhijjah bersua kembali..
tapi kali ini agak berlainan sedikit...
pada tahun ini ana buat ertama kalinya merayakan hari raya korban nun jauh dari keluarga..inilah pengorbanan demi mencapai cita-cita...
siapa yang tak sedih bila takbir tanpa keluarga disisi..
lontong kuah lodeh masakan mama...dirapi lagi dgn kuah kacang kakak tentu sekali mengiurkan..
tapi tahun ini atmosphere baru..beraya bersama rakan2 medic Unpad..
walaupun secara sederhana tetapi jamuan makan batch yang diadakan di Asrama Bale 1...tetapi ia ternyata menguatkan lagi mahabah sesama kami...
akhwat twp unpad-ukm 2012

ikhwan twp unpad-ukn 2012

hadiah for mini game..walaupun hanya origami  tetapi hadiah itu cukup bererti tanda persahabatan sejati


twp unpad-ukm 2012   
link kat bawah ni ade video ucapan dari kami...

iniah erti sahabat...peneman duka dan bahagia...

Saturday, October 27, 2012

Happy Bottle


Dalam kesibukan mentelaah pelajaran untuk midsem exam, sempat lagi ana sibuk2 kan jari-jari ni dgn benda yang membuatkan ana rase tenang dan bahagia...cehcehceh
Happy Bottle..

setiap stars yg ana buat ,mewakili setiap memori sepanjang ana berada di Universitas Padjadjaran..
tak kisah lah sedih, marah or gembira, setiap memori itu terungkai seribu kenangan yang semestinya mendatangkan pengajaran buat kita..
Ada orang mennganggap memori masa lalu itu tidak payah diingat kembalikerana perkara sudah terjadi...tapi bagi diri ana setiap memori itu mematangkan diri kita..seperti kata pujangga,

      hari ini haruslah lebih baik dari semalam dan esok mestilah lebih baik dari hari ini...

Allah mendatangkan ujian itu kerana dia sayangkan kita..ujian tidak semestinya dugaan yang pedih tetapi sesuatu yang gembira itu juga boleh mendatangkan benncana...terpulang kepada diri kita sendiri untuk menilainya
Yang penting jangan sesekali menyalahkan takdir takdir atas nasib yang menimpa kita..Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan dirinya sendiri.. 

Friday, January 6, 2012

SEINDAH SYURGA CINTA



syukur dalam dunia yang semakin ketandusan nilai agama ini aku masih sempat diberi peluang untuk bertemu dengannya...aku pernah berfikir tidak ada lagi wanita secantik dan seindah akhlaknya di muka bumi ini..namun rupanya pendapat aku salah..masih ada lagi wanita secantik dan seindah akhlak wanita solehah..rupamu merupakan ciptaan Tuhan yang begitu indah..Akhlakmu mengambarkan budi pekertimu..
aku sedar bukan senang untuk mendekati dirimu..bukan mudah untuk memilikimu...bukan halal bagiku untuk mencurahkan rasa sayang kepadamu...Alhamdulillah aku masih diberi kekuatan iman untuk melawan hasutan jahat syaitan...aku sedar Islam mengharamkan kita bercinta sebelum nikah..namun aku tidak tahu sampai bila nafsuku akan bertahan...aku ingin mengahwinimu..namun adakah aku sesuai untuk menjadi suamimu..adakah aku setaraf akhlak dan iman sepertimu..aku sedar aku tidak layak meminpinmu kesyurga yang menjadi impiaan sekalian umat..amalanku tidak sebaik amalanmu.




tatkala kau melangkahkan kaki kemasjid aku pula hilang disebalik kesesakan manusia di kelab malam..










tatkala wajahmu basah disucikam wuduk aku pula membasahi diriku dengan peluh kepenatan melakukan maksiat...


tatkala bibirmu mengucap merdu kalimah-kalimah Ilahi aku pula lunak mengotakan janji-janji manis kepada wanita yang tidak aku kenali...

pernah kau berkata kepadaku hidup didunia ini merupakan tempat persinggahan untuk perjalanan yang jauh dan tiada jalan kembali...aku tahu aku berada di jalan yang tersimpamg jauh dari destinasi pilihan ke syurga.
apa yang aku tahu aku berada di jalan yang menunjukkan arah ke neraka dimana di sisi jalan itu penuh dengan kemaksiatan dan dosa-dosa yang aku lakukan dan di akhir simpang ku itu aku melihat percikan api yang teramat panas yang membakar setiap inci badanku ini..


pedih sakit teramat menyeksakan bagiku...adakah mampu aku berpatah balik..

lalu kau memperingatkan kepadaku bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
        (Az-Zumar 39:53)
berjurai air mata ku pabila Tuhan masih mengasihaniku walaupun aku pernah mengendahkan suruhanNya..Ya Tuhan masih mengasihani aku walaupun dosa ku ini sudah hampir menutupi setiap penjuru hatikku..namun dIsebalik noda-noda hitam itu terselit rasa keinsafan untuk kembali bertaubat kepadaMu...
kini aku sudah kembali mengotakan janjiku kepada Allah..janji yang ku ucapkan sebelum roh ku ditiup untuk bangkit bergelar khalifah hamba Allah yang setia..aku kembali taat kepada perintahmu..aku sudah berazam tidak akan sesekali melangkah melakukan kejahilan..hidup kembali disinari hidayah..cahayaMu menerangi jalan menuju syurga abadi..tidak ku sangka wanita itu menjadi isteriku..ibu kepada zuriatku..tidak pernah ku rasakan kebahagian seperti ini..inilah hadiah teragung dianugerakan oleh AllAH  Yang Maha Esa...
Alhamdulillah Dia menciptakan untuk ku seorang wanita yang lembut budi pekertinya..ayu ibadahnya...cantik tingkah lakunya..merdu bicaranya...sabar imannya ...
Srikandi Islam penghuni Syurga....  

Saturday, December 24, 2011

BILA RESULT EXAM KELUAR.....


Result da keluarrrrr!!!!!!
Bila dengar perkataan tu je hati jadi berdebar-debar. Fikiran tak menentu memikirkan apalah nasib bila dapat result nanti, Semestinya semua org mengharapkan kejayaan. Bila sebut pasal berjaya dalam exam ni mesti semua orang fikir yang pandai jelah boleh dapat result baik. 

Yang tak berapa pandai ni tak payah harap lebih-lebih sangat. Belum apa2 lagi dah fikir negatif. Cuba kata kat diri kita yang kita juga boleh mendapat keputusan cemerlang. Allah tu Maha Adil dan Saksama. Dia tidak akan memberikan kegagalan kepada kita sentiasa. Mesti ada kejayaan disebalik usaha kita. Doa tu penting. Selepas kita berusaha banyakkan berdoa dan bertawakal kepadaNya. Allah menyuruh kita berdoa supaya kita dapat memohon apa jua hajat yang kita impikan. Kadang kala doa yang kita hajatkan itu tidak termakbul. Ini bukan bermaksud Allah memungkiri janjiNya. Ingatlah janji Allah itu benar. Kita tidak tahu apa yang sedang direncanakan oleh Allah. Mungkin kali ini kita tidak berjaya tetapi kita akan berjaya lain kali itu pentingnya berusaha tanpa berputus asa kerana Allah sedang merancangkan sesuatu yang terbaik untuk diri kita. Allah tidak akan menghampakan umatnya.


 Disebalik kegagalan itu terselit hikmah tersendiri. Allah sahaja yang mengetahui setiap apa yang terjadi. sebagai umatnya kita perlulah redha dengan segala ketetapanNya. Janganlah kita menyalahkan Allah atas kegagalan dan kesalahan diri kita sendiri. Janganlah kita bersedih sehingga sanggup membunuh diri sendiri. Nauzubillah....

Mungkin kejayaan kita tidak sehebat rakan kita yang lain kerana setiap kejayaan yang Allah berikan itu setimpal dengan usaha kita sendiri. Jika sikit usaha kita maka kejayaan yang kita peroleh pun sikitlah. Tetapi jika kita berusaha tanpa berputus
asa sehingga ke garisan penamat, maka ganjarannya setimpal dengan titik peluh kita. Sesudah berusaha jangan lupa bertawakal kepadanya. Allah sahaja yang mampu memberikan A kepada kita bukan si pemeriksa kertas dan bukan juga si pengubal soalan. Allah Maha Berkuasa. Dialah yang memberi ilham kepada si pemeriksa kertas untuk letak A pada kertas jawapan kita.

 Jadi pohonlah kepada Allah. Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar setiap perkataan yang terlintas di fikiran kita. Kita tidak perlu menyembahkan haiwan sembelihan seperti agama hindu mahupun menghantar surat rayuan kepadaNya seperti menghantar borang pemohonan bantuan kepada kerajaan. Apa yang kita perlu lakukan hanyalah menadah tangan dan pohonlah hajat dengan nama Allah Yang Maha Esa dimana jua anda berada kerana kita tidak memerlukan line telefon untuk berhubung terus dengan Allah.
 Jika kita memohon doa dengan bersungguh-sungguh InsyaAllah hajat kita akan dikabulkan. Untuk adik-adik yang baru mengambil result PMR baru-baru ni, kepada yang berjaya tahniah jangan lupa  bersyukur atas pemberian Ilahi. Yang kurang berjaya la tahzan banyakkan bersabar dan redha. Perjalanan adik2 jauh lagi selepas ini SPM pula buktikan anda juga boleh berjaya aja2 fighting.

kat bawah saya sediakan ranking sekolah untuk PMR 2011
 1 SM SAINS HULU SELANGOR 1.0054
2 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.0139
3 SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
4 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
5 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.0
-tahniah 0913 Kusess ku kami alumni bangga dengan kejayaan     korang. proud to be a KUSESSIAN
6 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
7 SM SAINS JOHOR 1.0233
8 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
9 SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
10 SM SAINS SELANGOR 1.0263
11 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
12 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273                                   
13 SEKOLAH SERI PUTERI 1.0279
14 SM SAINS POKOK SENA 1.0279
15 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
16 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
17 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
18 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
19 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
20 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
21 SM SAINS MACHANG 1.0411
22 SM SAINS MIRI 1.0427
23 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
24 SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
25 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
26 SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
27 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
28 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
29 SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
30 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
31 SM SAINS REMBAU 1.0727
32 SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
33 SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
34 SBP INTEGRASI TEMERLOH 1.0761
35 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.0817
36 SM SAINS LABUAN 1.0829
37 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
38 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
39 SM SAINS KUBANG PASU 1.096
40 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
41 SEKOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH 
    1.1014
42 SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
43 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
44 SM SAINS KUCHING 1.1258
45 SM SAINS SABAH 1.1282
46 SBP INTEGRASI BATU RAKIT 1.1447
47 SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
48 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149              
49 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
50 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
51 SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824
52 SM SAINS DUNGUN 1.1952

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...